Wednesday, January 11, 2017

" Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) "

Apa itu Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan)?

  • “Soaring Upwards” (Peningkatan Berterusan) merupakan slogan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
  • Slogan ini digunakan untuk menggambarkan landskap pendidikan tinggi di Malaysia yang kian meningkat bertambah baik, dan pada masa yang sama, mengakui bahawa usaha yang berterusan diperlukan untuk melonjakkan pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih tinggi.
  • Ungkapan Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) terlakar apabila terdapat banyak kisah kejayaan dan pencapaian dalam landskap pendidikan tinggi Malaysia yang tidak diketahui umum. Oleh itu, slogan ini dimaksudkan untuk menjadi tanda dalam memberi tahu masyarakat tentang perkembangan dan kepentingan pendidikan tinggi pada masa kini. Dalam hal ini, apabila seseorang melaungkan Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan), ramai akan memahami bahawa ini merujuk kepada satu pencapaian, kejayaan atau sesuatu yang boleh dibanggakan.
  • Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan), juga bertujuan untuk mengiktiraf kerja keras dan usaha institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk universiti awam dan swasta, kolej-kolej swasta, politeknik serta kolej komuniti. Tidak ketinggalan pengiktirafan kepada penyelidik mereka , pensyarah dan pelajar, yang telah menyumbang kepada Malaysia dalam memperbaiki kedudukan dalam peta pendidikan tinggi global.

Logo Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) 

  • Reka bentuk logo Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) merupakan idea Cik Farah Natasya Idris, lulusan grafik dan reka bentuk dari Universiti Selangor (UNISEL).
  • Satu ciri utama logo adalah anak panah kuning dan jingga yang menampilkan reka bentuk tirus pada mulanya , diikuti trajektori ke atas yang makin mengembang dan beranak panah.
  • Anak panah ini direka untuk menggambarkan kemajuan. Kemerosotan kecil dalam logo ini bertindak sebagai peringatan bahawa telah ada dan akan tempoh yang mencabar, tetapi dengan kerja keras dan terus berusaha akan membolehkan peningkatan yang berterusan dan lebih baik.
  • Trajektori berkembang ke atas logo bertindak sebagai motivasi bahawa kejayaan boleh mempunyai kesan yang besar dan positif bagi mereka yang terlibat.
  • Warna-warna emas dan jingga telah dipilih untuk menggambarkan harapan dan menyuntik rasa kesegaran.
  • Logo Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) turut melibatkan 2 teks utama, iaitu perkataan " Soaring Upwards " dan juga “Malaysian Higher Education” (Pendidikan Tinggi Malaysia). Perkataan kedua adalah untuk menggambarkan hak eksklusif terhadap pendidikan tinggi di Malaysia.

Gerak Isyarat tangan atau trademark Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan)

  • Gerak Isyarat tangan atau trademark Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) adalah satu bahagian penting kepada laungan semangat.
  • Isyarat tangan adalah dengan menggunakan lengan kanan, kedudukan yang sedikit menyerong dalam bentuk anak panah. Gambar-gambar di bawah menunjukkan bagaimana ini dilakukan. 


0 comments:

Post a Comment