PERMOHONAN PINJAMAN YPJ 2018
[ BAGI PELAJAR TARAF IJAZAH, DIPLOMA & SIJIL ]
Dimaklumkan bahawa permohonan Pinjaman YPJ Tahun 2018 (Januari) bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah telah dibuka mulai 21hb JANUARI sehingga 08hb FEBRUARI 2018.
Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Pinjaman Pelajaran. [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut]
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
- Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ;
- Pemohon telah mendapat Tawaran kemasukan atau sedang menuntut di Institusi Pengajian sebelum membuat permohonan ;
- Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA ;
- Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu (1) tahun ;
- Pemohon tidak menerima apa-apa penajaan/pembiayaan sama ada pinjaman atau biasiswa dari agensi-agensi lain ;
- Kursus yang diikuti metilah SEPENUH MASA ;
- Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM8,000.00 sebulan [ Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita paling rendah ].
TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA :
CARA MEMOHON :- Sijil ( Kolej Kemahiran Teknikal Johor sahaja )
- Diploma ( semua IPTA, KPYPJ dan Marsah sahaja )
- Ijazah Sarjana Muda ( IPTA sahaja )
LANGKAH 1:
Pemohon membuat PERMOHONAN secara online : (klik) Mohon Sekarang !
LANGKAH 2 :
Setelah selesai mengisi permohonan online, pemohon dikehendaki mencetak slip permohonan.
LANGKAH 3 :
Pemohon dikehendaki menghantar SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 08 FEBRUARI 2018.
LANGKAH 4 :
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan).
LANGKAH 5 :
Pemohon yang berjaya akan menerima SURAT TAWARAN PINJAMAN dan satu (1) set Dokumen Perjanjian yang dihantar melalui pos ke alamat pemohon.
LANGKAH 6 :
Lengkapkan dokumen perjanjian dan hantarkan ke YPJ dalam tempoh 3 minggu dari tarikh surat tawaran diterima.
LANGKAH 7 :
Bayaran pertama pinjaman akan dibuat dalam tempoh 2 bulan dari tarikh dokumen perjanjian dihantar.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya)
- SLIP PERMOHONAN Pinjaman (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ;
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar ;
- Salinan Sijil Kelahiran Pelajar ;
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ;
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ;
- Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga [ Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan-Pinjaman YPJ 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ;
- Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan).
- Salinan Sijil SPM ;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
Keterangan lanjut, layari https://www.ypj.gov.my/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com
SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 3 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA.
" SELAMAT BERJAYA "
Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR
Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html
Terima kasih
ReplyDelete