PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2018 (FEBRUARI)
[ BAGI KEMASUKAN PELAJAR BAHARU TARAF IJAZAH & DIPLOMA ]
AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)
Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA bagi kemasukan pelajar baharu tahun 2018 taraf IJAZAH dan DIPLOMA telah dibuka mulai 01 sehingga 18 FEBRUARI 2018.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
- Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ;
- Pemohon telah mendapat Surat Tawaran kemasukan ;
- Ditawarkan kepada pelajar IJAZAH SARJANA MUDA dan DIPLOMA SEPENUH MASA (Universiti Awam Sahaja) yang mendaftar kemasukan tahun pertama pada tahun 2018 ;
- Tempoh kursus yang diikuti adalah satu (1) tahun atau lebih ;
- Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000.00 ;
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian untuk setiap taraf pengajian ;
- Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
CARA MEMOHON :
LANGKAH 1 :
Muat turun Borang Permohonan di web YPJ (klik) Mohon Sekarang ! dan isikan lengkap.
LANGKAH 2 :
Semak senarai dokumen yang perlu dihantar (baca senarai di bawah).
LANGKAH 3 :
Hantar BORANG PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 18 FEBRUARI 2018.
LANGKAH 4 :
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).
LANGKAH 5 :
Wang bantuan akan dimasukkan ke akaun pelajar secara Electronic Fund Transfer (EFT).
SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR :
- Borang Permohonan yang telah lengkap ;
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar ;
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ;
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ;
- Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar) ;
- Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja. [Nota: 1. Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima. 2. Pelajar perlu membuka akaun Bank Islam jika tiada. ]
- Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga
- Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), sila muat turun Borang Pengesahan Pendapatan (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Penghulu / Ketua kampung / yang setaraf dengannya ] ;
- Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan).
SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 3 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA.
" SELAMAT BERJAYA "
Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR
Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html
0 comments:
Post a Comment