ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018
Agensi : Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) yang kini mencapai lebih RM279 bilion. Portfolio PNB meliputi pelaburan strategik dalam syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah.
Dalam usaha PNB untuk menjadi firma pelaburan distinktif bertaraf dunia, PNB menjemput calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program biasiswa luar negara PNB.
Program biasiswa PNB memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam dan universiti swasta yang terpilih, serta universiti terkemuka di luar negara.
Biasiswa untuk Program Luar Negara
Anugerah Biasiswa Perdana Yayasan Tun Ismail (YTI) dan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB adalah tajaan yang diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan terpilih lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom dan Australia dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan PNB seperti perakaunan, kewangan, undang-undang, matematik, sains aktuari dan kejuruteraan. Pelajar-pelajar yang terpilih perlu menjalani program A-Level selama dua tahun.
Syarat-syarat :
- Terbuka kepada calon-calon lepasan SPM 2017.
- Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di Kolej Persediaan dalam negara yang ditetapkan oleh PNB sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara yang ditetapkan oleh PNB, berdasarkan kelulusan PNB.
- Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk peringkat seterusnya. Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan boleh dianggap tidak berjaya.
- Sebarang keputusan PNB berkenaan permohonan adalah muktamad.
PERMOHONAN BAGI TAHUN 2018 KINI DIBUKA !
Sila muat turun dokumen tersebut :
- Iklan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2018
- Borang Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2018
TARIKH TUTUP : 29 MAC 2018
Permodalan Nasional Berhad
Jabatan KomunikasiTingkat 4, Menara PNB
201-A, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 603 - 2050 5500 Faks: 603 - 2050 5268
E-mel: pnb_corp@pnb.com.my
Laman Web: http://www.pnb.com.my
0 comments:
Post a Comment