PERMOHONAN TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR 2018
AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)
Dimaklumkan bahawa Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor 2018 kini telah dibuka dari 11 Mac sehingga 11 April 2018.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
- Bermaustautin tetap dinegeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
- Mengikuti kursus kemahiran di Institusi – Institusi dalam Negeri Johor sahaja
- Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (cth : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off) / pembiayaan sendiri (pelajar Kolej kemahiran YPJ sahaja)
- Jenis Pensijilan:
- Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
- Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
- Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut :
- Belia keciciran dan tamat tingkatan 3 / lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
- Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan
- Pelajar yang sedang/pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti di dalam industri mestilah disertakan bersama (cth : sokongan majikan)
- Bidang latihan yang ditaja adalah bidang yang menjadi tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti berikut :
- Hospitaliti dan Pelancongan
- Minyak & Gas
- Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor
CARA MEMOHON :
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>> KLIK
MUAT TURUN GARIS PANDUAN PERMOHONAN >>> KLIK
---
Sumber Laman Web Rasmi YPJ :http://portal.ypj.gov.my/tabung-latihan-kemahiran-johor/
" SELAMAT BERJAYA "
Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR
Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html
0 comments:
Post a Comment