Saturday, June 9, 2012

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55

Ditulis pada 4 Jun 2012 oleh Portal MEDKOM

Perpaduan jadikan Islam dilihat teguh di mata dunia 

Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Persada, Johor Bahru.
Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Persada, Johor Bahru.
JOHOR BAHRU: Persefahaman di kalangan masyarakat di negara ini dapat mewujudkan perpaduan ummah dan memperkukuhkan ikatan persaudaraan, sekali gus berupaya menjadikan Islam dilihat teguh di mata dunia.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata Islam menitikberatkan amalan bekerjasama dan mempunyai persefahaman kerana ia adalah satu-satunya cara yang boleh mewujudkan suasana aman dalam kalangan masyarakat.

“Dengan kembali kepada ajaran al-Quran, persengketaan dapat dielakkan dan permusuhan boleh dihindarkan, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-anfal ayat 46 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu bersengketa, maka kamu akan gagal (lemah) dan hilang kehebatan kamu."

“Hal ini bertepatan dengan tema majlis pada malam ini, iaitu “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, malam ini.

Pasir Gudang Lokasi Kedua UiTM di Johor

Ditulis pada 16 Mei 2012 oleh Portal Rasmi Kerajaan Johor.


JOHOR BAHRU 15 Mei - Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal dibuka di Pasir Gudang pada tahun hadapan akan menjadi cawangan UiTM kedua di negeri ini selepas kampus pertama dibina di Segamat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, projek UiTM Pasir Gudang yang memakan belanja RM308 juta itu bakal menampung kira-kira 4,000 pelajar peringkat diploma bidang kejuruteraan awam, elektrik, kimia dan mekanikal, di samping peluang praktikal terbaik kerana Pasir Gudang merupakan kawasan perindustrian. 

Friday, June 8, 2012

Johor Bahru Hos Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF)

Ditulis pada 7 Jun 2012 oleh Portal MEDKOM

Setiausaha Pertubuhan WIEF, Tan Sri Ahmad Fuzi (kiri sekali), Pengerusi Pertubuhan WIEF, Tan Sri Musa Hitam (dua dari kiri), Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman (dua dari kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil sedang melakukan gimik pelancaran laman sesawang WIEF ke-8 sempena sidang akhbar WIEF di Hotel Thistle.
Setiausaha Pertubuhan WIEF, Tan Sri Ahmad Fuzi (kiri sekali), Pengerusi Pertubuhan WIEF, Tan Sri Musa Hitam (dua dari kiri), Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman (dua dari kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil sedang melakukan gimik pelancaran laman sesawang WIEF ke-8 sempena sidang akhbar WIEF di Hotel Thistle, Johor Bahru.
JOHOR BAHRU: Johor Bahru akan menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ke-8 yang akan berlangsung mulai 4 hingga 6 Disember 2012 dengan sasaran 1,500 peserta.

Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata Johor Bahru sesuai untuk penganjuran WIEF berikutan pembangunan rancak yang sedang berlaku di dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia termasuk dari segi infrastruktur, logistik dan kedudukan strategiknya.

Sultan Johor Menang Bidaan Plat WWW1

Kenyataan oleh: Fanpages Kesultanan Johor
28 Mei 2012. 


Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat.

Selamat Maju Jaya dalam Peperiksaan Akhir !


Kami di pihak Majlis Kepimpinan Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT mengucapkan "Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada rakan-rakan mahasiswa anak Johor sekalian."

Manfaatkan segala ilmu yang diperolehi pada semester ini, semester lalu dan semester yang akan datang, sehingga tamat pengajian dan apabila di alam pekerjaan nanti. Semoga kita semua mampu melakukan yang terbaik dan mencipta kejayaan demi diri kita sendiri, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Selamat Maju Jaya. Ma'at Taufiq Wan Najah Fil Imtihan. Kepada Allah Berserah.

~ GEMILANG ANAK JOHOR ~