Tuesday, October 3, 2017

Tabung Pendidikan Sarjana PDT 2018

Berita Baik buat Penuntut Sarjana Anak Johor ‼ 


Kerajaan Johor melalui Permodalan Darul Ta'zim (PDT) membuka sekali lagi Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT. 

Jangan ketinggalan utk hadir ke Tapak Pameran PDT di Ekspo Johor Berkemajuan 2017 ‼


#TabungPDT #Sarjana #BiasiswaJohor

KEMASKINI 16 OKTOBER 2017 


Berikut kami perincikan pautan web untuk memuatturun Borang PDT 2018 ini selepas ramai yang feedback kami, tidak jumpa pautan web :

1. Pautan web : - http://muafakatjohor.com/tabung-pendidikan-sarjana-pdt-2018/

2. Pautan Muat turun : Borang Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT 2018
http://muafakatjohor.com/wp-content/uploads/2017/10/Borang-Permohonan-Tabung-Pendidikan-Sarjana-PDT-2018.pdf


3. Pautan Muat turun : Borang Pengesahan Pendapatan Ibubapa
http://muafakatjohor.com/wp-content/uploads/2017/10/Borang-Pengesahan-Pendapatan-Ibubapa-TPS-2018.pdf


Selamat maju jaya !

===================
Hebahan permohonan yg dibuka pd Feb 2017 lalu :
http://www.mahasiswajohor.my/2017/01/tabung-pendidikan-sarjana-pdt-2017.html

Monday, October 2, 2017

KPYPJ Meterai MoU, Latih Tenaga Kerja Projek RAPID


JOHOR BAHRU, 1 Okt. – Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan lapan penyedia latihan dan 10 majikan daripada industri minyak dan gas bagi menyediakan tenaga kerja untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang. 


Selain itu, KPYPJ melantik lapan kontraktor utama RAPID sebagai Penasihat Jawatankuasa Teknikal bagi memantau kursus jangka pendek agar mengikut piawaian yang ditetapkan. 

Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KPYPJ, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata langkah itu bertujuan untuk membolehkan rakyat Johor dapat mengambil manfaat daripada pelaburan dan kehadiran syarikat di negeri ini. 

Beliau berkata, usaha untuk mengupayakan masyarakat perlu dilakukan dan ia sebenarnya cabaran yang lebih besar. 

“Mereka harus difahamkan bahawa tiada jalan pintas (untuk berjaya), tetapi perlu ilmu, kemahiran dan latihan. 

“Kita mahu semua pekerjaan ini dapat diambil manfaat oleh rakyat Johor dan kita yakin mereka boleh memenuhi peluang pekerjaan yang ada,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan MoU Di Antara KPYPJ dan Organisasi Industri Minyak dan Gas di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Dato’ Zulkurnain Kamisan dan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul Rashid A Rahman. 

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, penyediaan tenaga kerja industri minyak dan gas di Pengerang sememangnya adalah tumpuan, komitmen dan iltizam Kerajaan Negeri. 

“Jika tidak, rakyat Johor hanya akan jadi ‘penonton’ dan mendatangkan masalah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan. 

“Mereka juga dibimbangi akan mempunyai persepsi tidak betul seolah-olah pelaburan dan pekerjaan yang wujud adalah untuk orang luar akibat kebencian yang ditimbulkan sesetengah pihak terhadap kerajaan,” katanya. 

Mengenai kursus itu, Mohamed Khaled berkata, latihan itu tidak begitu membebankan kerana kebanyakkannya mengambil masa satu hingga dua bulan saja. 

“Permulaan gaji bagi mereka yang berkemahiran paling minima ialah RM1,500 hingga RM1,800 untuk juruteknik, manakala inspektor pemasangan perancah pula RM4,000,” katanya sambil menjelaskan kerajaan akan berusaha untuk mengubah pemikiran rakyat dalam aspek itu. 

Beliau berkata, bidang kemahiran sebenarnya mempunyai laluan kerjaya lebih baik dan sebagai alternatif kepada bidang akademik. 

Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata institusi pendidikan dan latihan tidak seharusnya terpisah daripada pihak industri. 

“Kerjasama dan sinergi sebegini boleh menjadi salah satu instrumen tanggungjawab sosial korporat yang baik dan bermakna. 

“Ini adalah permulaan baik kepada institusi seperti KPYPJ untuk menjadi peneraju dalam melahirkan graduan berkemahiran yang diiktiraf,” katanya. 

Setakat ini, KPYPJ telah melatih 276 orang dan kesemuanya telah menyertai industri terbabit. 

RAPID Pengerang memerlukan tenaga kerja mahir seramai 54,000 orang dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran, apabila ia siap dan beroperasi sepenuhnya pada 2019. 

Pertama Kali Dalam Sejarah ! Diskaun Hebat Untuk Peminjam YPJ !



Berita Baik Untuk Semua Peminjam YPJ !

Bersempena #EkspoJohorBerkemajuan pada 06 hingga 14 Oktober 2017 ini, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menawarkan DISKAUN 50% bagi pembayaran balik pinjaman YPJ secara penuh sepanjang tempoh tersebut. 

Jadi jangan lepaskan Tawaran ISTIMEWA ini !

DISKAUN 50% ‼
DISKAUN 50% ‼
DISKAUN 50% ‼

Hanya pada 06 hingga 14 Oktober 2017 sahaja ! 

Kunjungi booth pameran YPJ di lokasi Ekspo Johor Berkemajuan 2017, di Dataran Mahkota, Kota Iskandar. 

Maklumat lanjut layari : www.ypj.gov.my sekarang ATAU ;

Whatsapp untuk semak baki pinjaman anda :

011 - 1147 9753 | 011 - 1148 9753 | 018 - 874 9753



===============================
Baca juga : KARNIVAL KERJAYA JOHOR

Sunday, October 1, 2017

Lebih 700 orang Sertai Simposium Mahasiswa Johor Zon Utara !!

MAHASISWA JOHOR ZON UTARA MANTAP !!! 

Lebih 700 orang Mahasiswa Johor menyertai Simposium Mahasiswa Johor bagi Siri 1: Zon Utara pada Sabtu, 16 September 2017 baru-baru ini di kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM). 

Masing-masing peserta adalah daripada USM, UniMAP, UUM dan IPT di sekitar Zon Utara. Tahniah ! 


Simposium Mahasiswa Johor (Zon Utara) ini menampilkan barisan panel yang diundang khas membawa tajuk-tajuk menarik : 

- YBhg. Prof. Madya Dr Kassim bin Thukiman 
  Pengarah Penerbit UTM aka Pakar Sejarah Johor 
  "Aluan pembukaan & Menyingkap Sejarah Kegemilangan Johor" 

- YBhg. Tuan Haji Wan Nazrudean bin Mohd Noor 
  Timbalan Presiden Indeks Penilaian Prestasi (INPRES) 
  Pemodalan Darul Takzim 
  "Perancangan Dasar, Inisiatif Pembangunan Johor & Pencapaian Semasa Negeri Johor" 

- YBhg. Prof. Dato' Dr. Adnan Hussein 
  Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM 
  "Kesedaran Pilihanraya: Generasi Milenia Penentu Transformasi Nasional" 

- YBhg. Dato' Kolonel (K) Armand Azha Hj Abu Hanifah 
  Timbalan Pengerusi Giatmara Malaysia 
  "Sukarelawan Elektoral: Susuk Tubuh Menabur Bakti" 


Terima kasih kepada semua para peserta termasuk barisan panel. 
Terima kasih kepada pengurusan USM di atas kerjasama diberikan bagi menjayakan program ini. 
Terima kasih & penghargaan kepada; IKATAN MAHASISWA/I JOHOR (IKMAR) USM, Adhoc Mahasiswa Anak Johor UUM dan Pertubuhan Mahasiswa Johor (PMJ) Cawangan UniMAP. 


Nantikan seterusnya di Zon-zon lain seluruh negara. Sentiasa dapatkan update terkini daripada kami... 


#teamjohor #impactjohor 
#ihsanjohor #pmj #mahasiswajohor 
#ikmarusm #gemajunimap #amanahuum #generasitakzim

Monday, September 25, 2017

KARNIVAL KERJAYA JOHOR

" Pertumbuhan Johor untuk anak Johor "



Rebut peluang kerjaya sempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017 
     Tarikh   : 7 - 8 Oktober 2017 
     Tempat : Dataran Mahkota, Kota Iskandar 
                    (Berhadapan Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak) 
     Masa    : 9.00 Pagi - 6.00 Petang 


Lebih 7,000 peluang pekerjaan ditawarkan ! 
Lebih 100 majikan terlibat !  


Ayuh Anak Johor ! 

Tuesday, September 19, 2017

JAWATAN KOSONG - Jabatan Pertanian Negeri Johor

JAWATAN KOSONG


Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim dan warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang (3) tahun berturut-turut untuk  mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi jawatan sebagaimana  berikut:

PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29 (KONTRAK) - 1 KEKOSONGAN

Sila Muat Turun : 
Tarikh tutup permohonan: 28 September 2017


Sunday, September 17, 2017

"80 MAHASISWA MANFAAT CUTI HARI MALAYSIA SERTAI EKSPLORASI DARUL TA’ZIM"

Oleh: Nur Syahirah Binti Mohammad Shah

SKUDAI, 17 Sept – Seramai 80 orang mahasiswa termasuk mahasiswa antarabangsa daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memanfaatkan cuti umum bersempena Hari Malaysia semalam dengan menyertai program Eksplorasi Darul Ta’zim. 

Program santai sehari anjuran Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) UTM itu membawa para peserta melawati beberapa lokasi tumpuan utama pengunjung di sekitar Bandaraya Johor Bahru. 

Pengarah program, Nur Syahirah binti Mohammad Shah berkata, program santai ini adalah untuk mengeratkan hubungan mesra sesama ahli dan mahasiswa UTM melalui aktiviti di luar kampus oleh persatuan. 

“Di samping kami memberi peluang kepada mereka mendapat pendedahan mengenai sebahagian lokasi-lokasi menarik yang berkait dengan warisan dan pembangunan yang terdapat di negeri ini,” katanya. 

Tambahnya, antara lokasi tumpuan yang mereka lawati termasuklah Laman Mahkota Istana Bukit Serene, Zoo Johor, Johor Bahru City Square, Bazar Karat, Legaran Sungai Segget, Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos Larkin dan makan tengah hari di Kilang Bateri. 

 

 

 

Menurut beliau lagi, ini antara program ringkas yang disusun oleh Sejati UTM pada semester ini dan akan menyusul beberapa lagi program istimewa untuk disertai oleh semua. Bukan sahaja Mahasiswa Johor di UTM, malah sesiapa juga termasuk warga masyarakat di sekitar UTM boleh terlibat sama. 

“Antaranya dalam masa terdekat ini, kami bersama rakan-rakan dari Persatuan Mahasiswa Anak Jati Johor (MAHAJJ) UTHM selaku tuan rumah akan menganjurkan program Simposium Mahasiswa Johor bagi Zon Selatan di Universiti Teknologi Malaysia pada 21 September 2017 ini,” katanya. 


Tuesday, September 12, 2017

"Simposium Mahasiswa Johor" Siri 1: Zon Utara

SATU LAGI PROGRAM UNTUK PARA MAHASISWA JOHOR SEMESTER INI

"Simposium Mahasiswa Johor" 
Siri 1 : Zon Utara 
(Kesinambungan #IMJ2017

Panggilan kepada semua Mahasiswa Johor di Utara !!!

Mari bersama dapatkan input perihal-perihal pencapaian & kemajuan negeri Johor bersama panel-panel khas yang didatangkan khas dari Kerajaan Johor ! 

Pendedahan tentang peluang, inisiatif dan sebagainya untuk Mahasiswa Johor.

Jangan ketinggalan ! 

Anugerah IKON SUKARELAWAN IHSAN JOHOR juga akan dianugerahkan kepada wakil IPTA yang outstanding !!!

Tarikh : 16 September 2017 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4 petang
Tempat : Dewan Utama Desasiswa RST, Universiti Sains Malaysia.

✅Penyertaan PERCUMA
✅Sijil Penyertaan
✅Cenderahati program / kits Program
✅Sistem merit universiti/institusi
✅Jamuan
✅Pengangkutan
✅Hadiah pemenang games

Daftar sekarang penyertaan anda melalui wakil berikut :

USM : LOGES (014-3114794)
**Dan IPT lain di Penang..

UUM : SYAHMI (011-27259647)
**Dan IPT lain di Kedah..

UNIMAP : AZMINA (013-7435381)
**Dan IPT lain di Perlis..

DIANJURKAN BERSAMA OLEH : 

Pertubuhan Ihsan Johor dan Pertubuhan Mahasiswa Johor 

#TEAMJOHOR #IMPACTJOHOR #IHSANJOHOR
#PMJ #MAHASISWAJOHOR
#GenerasiTakzim