Monday, March 18, 2013

UiTM Sedia 50,000 Tempat


UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) menawarkan 50,000 tempat di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah untuk ambilan perdana pada Mei ini.

Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof. Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, maklumat terperinci berkaitan program pengajian dan syarat kemasukan boleh diperoleh semasa Ekspo Selangkah ke UiTM 2013.

Saturday, March 2, 2013

TIP DAN PANDUAN TEMUDUGA (2)

Di awal temuduga
  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga; 
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul; 
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi; 
  • Bersikap tenang dan tidak gementar; 
  • Jangan menguasai sesi temuduga; 
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak; 

Monday, February 25, 2013

BIASISWA MAYBANK 2013

Maybank menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar pengajian Pra-Universiti/Asasi hingga ke Ijazah di IPT dalam dan luar Negara. Pelajar akan di tawarkan berkerja dengan Maybank selepas tamat pengajian. 

Kelayakan 
· Minimum 6A dalam SPM 2012
· Pendapatan isi rumah tahunan tidak melebihi RM12,000.
· Bukan seorang penerima biasiswa lain.

Bidang Pengajian
- Kejuruteraan, 
- Teknologi Maklumat, 
- Sistem Maklumat, 
- Matematik, 
- Syariah, 
- Fiqh, 
- Undang-undang & Syariah, 
- Ekonomi Islam, 
- Perakaunan, 
- Kewangan, 
- Sains Aktuari, 
- Perniagaan, 
- Pentadbiran Perniagaan, 
- Perdagangan, 
- Pengurusan Sumber Manusia, 
- Perhubungan Antarabangsa, 
- Perundangan, 
- Psikologi Organisasi/Sosial, 
- Jualan Pemasaran, 
- Statistik & Kajian Operasi.

Borang permohonan boleh didapatkan di www.maybank.com/scholarship dan hantarkan permohonan anda berserta salinan sijil yang telah disahkan ke scholarship@maybank.com.my atau ke alamat berikut :
Maybank Sholarship Award 2012
Pusat Pengambilan Modal Insan Kumpulan,
Tingkat 44, Menara Maybank,
100, Jln. Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup: 31 Mac 2013

Sumber: myuniversiti.comtawaranbiasiswa.blogspot.com

Wednesday, February 20, 2013

Monday, February 18, 2013

Thursday, February 14, 2013

JELAJAH ANAK MALAYSIA - Parlimen Bakri


Program JELAJAH ANAK MALAYSIA adalah satu usaha sama yang dibentuk oleh gabungan pertubuhan anak muda yang terdiri daripada golongan Belia, Mahasiswa & NGO untuk mendekati dan mendampingi pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara sama ada di bandar, kampung mahupun kawasan pedalaman. 

Thursday, February 7, 2013

TIP DAN PANDUAN TEMUDUGA (1)


OBJEKTIF TEMUDUGA
  • Bagi membolehkan majikan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon.
  • Untuk mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan.
  • Untuk melihat tahap kematangan dan kejujuran calon.