Friday, February 2, 2018

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2018 (FEBRUARI)

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2018 (FEBRUARI)
[ BAGI KEMASUKAN PELAJAR BAHARU TARAF IJAZAH & DIPLOMA ]

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) 

Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA bagi kemasukan pelajar baharu tahun 2018 taraf IJAZAH dan DIPLOMA telah dibuka mulai 01 sehingga 18 FEBRUARI 2018. 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 

  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Surat Tawaran kemasukan ; 
  3. Ditawarkan kepada pelajar IJAZAH SARJANA MUDA dan DIPLOMA SEPENUH MASA (Universiti Awam Sahaja) yang mendaftar kemasukan tahun pertama pada tahun 2018 ; 
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah satu (1) tahun atau lebih ; 
  5. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000.00 ; 
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian untuk setiap taraf pengajian ; 
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain. 

CARA MEMOHON :

LANGKAH 1 :
Muat turun Borang Permohonan di web YPJ (klik) Mohon Sekarang ! dan isikan lengkap.

LANGKAH 2 :
Semak senarai dokumen yang perlu dihantar (baca senarai di bawah).

LANGKAH 3 :
Hantar BORANG PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 18 FEBRUARI 2018.

LANGKAH 4 :
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).

LANGKAH 5 :
Wang bantuan akan dimasukkan ke akaun pelajar secara Electronic Fund Transfer (EFT). 


SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR :
  1. Borang Permohonan yang telah lengkap ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  5. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar) ; 
  6. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja. [Nota: 1. Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima. 2. Pelajar perlu membuka akaun Bank Islam jika tiada. ] 
  7. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga 
  8. Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), sila muat turun Borang Pengesahan Pendapatan (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Penghulu / Ketua kampung / yang setaraf dengannya ] ; 
  9. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan).
Keterangan lanjut, layari https://www.ypj.gov.my/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 3 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA. 

" SELAMAT BERJAYA " 


Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Sunday, January 21, 2018

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ 2018 (JANUARI)

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ 2018 
[ BAGI PELAJAR TARAF IJAZAH, DIPLOMA & SIJIL ] 

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)

Dimaklumkan bahawa permohonan Pinjaman YPJ Tahun 2018 (Januari) bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah telah dibuka mulai 21hb JANUARI sehingga 08hb FEBRUARI 2018

Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Pinjaman Pelajaran. [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut] 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 
  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Tawaran kemasukan atau sedang menuntut di Institusi Pengajian sebelum membuat permohonan ; 
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA ; 
  4. Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu (1) tahun ; 
  5. Pemohon tidak menerima apa-apa penajaan/pembiayaan sama ada pinjaman atau biasiswa dari agensi-agensi lain ; 
  6. Kursus yang diikuti metilah SEPENUH MASA ; 
  7. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM8,000.00 sebulan [ Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita paling rendah ]. 
TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA : 
  1. Sijil             ( Kolej Kemahiran Teknikal Johor sahaja )
  2. Diploma     ( semua IPTA, KPYPJ dan Marsah sahaja )
  3. Ijazah Sarjana Muda ( IPTA sahaja )
CARA MEMOHON :

LANGKAH 1:
Pemohon membuat PERMOHONAN secara online : (klik) Mohon Sekarang !

LANGKAH 2 :
Setelah selesai mengisi permohonan online, pemohon dikehendaki mencetak slip permohonan.

LANGKAH 3 :
Pemohon dikehendaki menghantar SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 08 FEBRUARI 2018.

LANGKAH 4 :
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan).

LANGKAH 5 :
Pemohon yang berjaya akan menerima SURAT TAWARAN PINJAMAN dan satu (1) set Dokumen Perjanjian yang dihantar melalui pos ke alamat pemohon.

LANGKAH 6 :
Lengkapkan dokumen perjanjian dan hantarkan ke YPJ dalam tempoh 3 minggu dari tarikh surat tawaran diterima.

LANGKAH 7 :
Bayaran pertama pinjaman akan dibuat dalam tempoh 2 bulan dari tarikh dokumen perjanjian dihantar.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR 
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya) 
  1. SLIP PERMOHONAN Pinjaman (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar ; 
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga [ Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan-Pinjaman YPJ 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ; 
  7. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan). 
  8. Salinan Sijil SPM ; 
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah. 
Keterangan lanjut, layari https://www.ypj.gov.my/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 3 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA. 

" SELAMAT BERJAYA "

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 


Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Monday, January 15, 2018

Jawatan Kosong - Johor Land Berhad


Terkini kekosongan jawatan di Johor Land Berhad :

  1. Engineer - Degree in Civil Engineering

  2. Executive - Degree in Mathematic

  3. Executive - Degree in Investment (Finance Investment)

  4. Technician - Diploma in Civil Engineering / Sijil

  5. Technician - Diploma in Environment / Sijil

  6. Clerk - SPM / Sijil / diploma

  7. Driver - 
SPM / Sijil 

** Sebarang pertanyaan sila hubungi 07-3564994 (Ain) atau emel ain.jamil@jland.com.my

==========
Lets Join our channel : https://t.me/mahasiswajohor

Friday, January 5, 2018

JAWATAN KOSONG - Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad


Permohonan adalah dipelawa daripada wargenegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) seperti berikut :- 

  1. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGURUS)
  2. PEMBANTU EKSEKUTIF
  3. PEMBANTU EKSEKUTIF RENDAH
  4. PEGAWAI AM RENDAH / PENGHANTAR SURAT 

Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk memohon sekarang juga. 


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2018
Sektor : Swasta
Lokasi : Johor


Sumber 

Thursday, December 28, 2017

DANA DIDIK JAUHAR KIDS - CARUMAN RM50 AKAUN SSPN-i UNTUK BAYI LAHIR DI JOHOR PADA 2018

DANA DIDIK JAUHAR KIDS 


Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama PTPTN dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Jauhar Kids. 

Bermula pada tahun 2018, Kerajaan Negeri akan membantu pembukaan Akaun SSPN-i bernilai RM50 seorang untuk bayi yang dilahirkan di Johor pada tahun 2018. 

Syarat-syarat kelayakan: 

1. Ibu dan Bapa adalah warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada ibu yang lahir di negeri Johor)
2. Bayi yang dilahirkan di negeri Johor mulai 1 Januari 2018
3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan


Borang permohonan boleh diambil di mana-mana kaunter berikut:

1. Wad-wad bersalin hospital utama di seluruh Johor
2. Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Negeri Johor
3. Pejabat PTPTN Cawangan di negeri Johor, atau
4. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, Larkin.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian:
07-2344 355 (ext 223)  ATAU e-mel ypj@johor.gov.my

**Tempoh permohonan adalah dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kelahiran bayi

SSPN-i menawarkan keistimewaan berikut:

1. Pelepasan taksiran cukai hingga RM6,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.

2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.

3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.

4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak.

5. Simpanan dijamin oleh kerajaan.

6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

7. Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i

Tuesday, December 26, 2017

Insentif Khas Geran Sepadan RM500 SSPN1M | #Bajet2018

Insentif Khas Geran Sepadan SSPN1M | #Bajet2018 

** Simpan RM500, PERCUMA RM500 ** 



Apa itu SSPN1M ?

- SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak. 

Apa itu Geran Sepadan RM500 ?
- Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500. 
- Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis). 



Bagaimana untuk mendapatkan insentif RM500 ini ?


Jika anda ada anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun dan bersekolah rendah ; 

- Buka akaun SSPN (jika belum buka) di mana-mana cawangan PTPTN dan buat simpanan bersih mulai Januari 2018 berjumlah RM500. 

- Jika sudah ada akaun SSPN, buat simpanan baharu dalam akaun itu juga dengan jumlah bersih RM500. 


Bilakah insentif GS500 ini diberikan ?

- Insentif GS500 ini akan diberikan (deposit ke dalam akaun SSPN) pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).


Bolehkah insentif GS500 ini dikeluarkan ?

- Insentif GS500 ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun. 
- Maksudnya, simpanan ini akan kekal dalam akaun SSPN sehingga umur anak 18 tahun, barulah boleh dikeluarkan untuk belanja pendidikan anak anda. 

Jadi ibu bapa semua, jangan terlepas dapatkan insentif ini yang berhak untuk masa depan pendidikan anak anda ! 

HEBAHAN DI FACEBOOK PAGE : LINK 

Info lanjut boleh layari : www.lovesspn.com 
Atau merujuk laman ini (KLIK) sebagai sumber rujukan. 

=============
Pesanan Prihatin ini oleh :
Pertubuhan Mahasiswa Johor

**Mohon Sebarkan... Benda baik ini Untuk seluruh negara...

Friday, November 24, 2017

Bajet Johor Mesra Rakyat, Ringankan Beban Pelajar

KOTA ISKANDAR, 24 Nov. – Bajet Johor 2018 yang dibentangkan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin semalam disifatkan sebagai mesra rakyat, selain menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri termasuk kepada golongan pelajar.

Presiden Sekretariat Mahasiswa Johor UTM (SEJATI), Muhamad Syafik Rahmat, berkata manfaat yang diberikan kepada golongan pelajar merangkumi semua peringkat samada di peringkat sekolah mahupun universiti, terutama dari kumpulan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, dengan penambahan penerima Biasiswa Kenangan Dato’ Onn dan peningkatkan had kelayakan pendapatan keluarga, ia dapat menambah bilangan penerima manfaat daripada golongan sasaran.

“Bantuan ini sangat memberi kesan positif kepada para pelajar bagi menampung kos sara hidup ketika di kampus, sekaligus dapat meringankan beban keluarga.

“Ini secara tidak langsung membantu golongan pelajar apabila mereka bergraduasi kelak, mereka tidak perlu risau memikirkan hasil pendapatan yang diperoleh ketika itu akan digunakan bagi membayar hutang pelajaran semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan negeri di atas inisiatif memansuhkan kos perkhidmatan 4% bagi peminjam Skim Pinjaman Pelajaran YPJ.

“Kami sebagai mahasiswa amat berterima kasih kepada kerajaan negeri di atas inisiatif memansuhkan kos perkhidmatan 4% bagi peminjam-peminjam baharu dan peminjam yang dijadualkan mula membayar balik pinjaman bermula 2018.

“Perkara ini bermakna, peminjam hanya perlu membayar semula nilai yang telah mereka pinjam, tanpa perlu membayar sebarang caj tambahan yang lain,” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar inisiatif bajet Johor yang merangkumi 153 titik sentuhan dengan tema Membangun Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor dapat dilaksanakan dengan baik oleh golongan pelaksana.

“Saya yakin inisiatif Bajet Johor 2018 ini dapat membantu golongan sasaran dan menjamin kesejahteraan masa hadapan di negeri Johor yang berkemajuan. Moga Allah berkati Johor,” tambahnya.

Tuesday, November 21, 2017

Jualan T-Shirt STYLE17 untuk Mahasiswa Johor

" Jom cetuskan Gelombang Mahasiswa Johor !! "

Jualan T-Shirt STYLE untuk Para Mahasiswa Johor !!! 
Jualan Terbuka Seluruh Negara !!! 

Apa yg STYLE ??
✅ Design simple yg cun lagi STYLE
✅ 2 pilihan warna: Navy Blue & Royal Blue
✅ Material: Cotton & Microfiber
✅ Lengan Pendek & Panjang
✅ Saiz: Dari XS hingga 5XL
✅ Harga sangat mampu beli

PRE-ORDER KINI DIBUKA ! 
Mulai 20 hingga 30 NOVEMBER 2017 ! 

Ayuh tempah sekarang di hotline berikut :
(Tempahan ikut Zon Lokasi kampus IPT anda)

ZON SELATAN :
Link : https://wasap.my/60127711284
Link : https://wasap.my/60177382852

ZON TENGAH :
Link : https://wasap.my/60177429297

Link : https://wasap.my/60177382852 

ZON UTARA : 
Link : https://wasap.my/60193706312 
Link : https://wasap.my/601119736948

ZON TIMUR : 
Link : https://wasap.my/60177872067
Link : https://wasap.my/6017-8253711

ZON BORNEO :
Link : https://wasap.my/60149134534 



HANYA HARGA TERISTIMEWA KAMI TAWARKAN KEPADA SEMUA 
TERUTAMA KEPADA PARA AHLI BERDAFTAR ! 

AYUH SOKONG KAMI ! 
JUALAN INI SEBAGAI SUMBER UNTUK PENGURUSAN PERTUBUHAN 
DAN JUGA SUMBER BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM TAHUN HADAPAN. 

===============
Eksklusif oleh:
Pertubuhan Mahasiswa Johor

Layari web : www.mahasiswajohor.my
LIKE FB : SISWA ANAK JOHOR (https://www.facebook.com/MahasiswaJohor)
Join channel : https://t.me/mahasiswajohor