Friday, June 8, 2012

Sultan Johor Menang Bidaan Plat WWW1

Kenyataan oleh: Fanpages Kesultanan Johor
28 Mei 2012. 


Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat.

Selamat Maju Jaya dalam Peperiksaan Akhir !


Kami di pihak Majlis Kepimpinan Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT mengucapkan "Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada rakan-rakan mahasiswa anak Johor sekalian."

Manfaatkan segala ilmu yang diperolehi pada semester ini, semester lalu dan semester yang akan datang, sehingga tamat pengajian dan apabila di alam pekerjaan nanti. Semoga kita semua mampu melakukan yang terbaik dan mencipta kejayaan demi diri kita sendiri, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Selamat Maju Jaya. Ma'at Taufiq Wan Najah Fil Imtihan. Kepada Allah Berserah.

~ GEMILANG ANAK JOHOR ~

Thursday, May 31, 2012

Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012

Ditulis pada 21 Mei 2012 oleh Portal MEDKOM

Que Haidar Ikon Belia Negeri Johor 2012


JOHOR BAHRU, 21 Mei - Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 32, atau lebih dikenali sebagai Que Haidar, menerima anugerah Ikon Belia Negeri Johor 2012 kategori seni pada majlis penutup Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2012, di sini, Ahad lalu.

Tuesday, May 1, 2012

Monday, April 30, 2012

Fiesta Kebudayaan Zapin Johor (FEKAZ) IPTA 2012

Assalamualaikum wbt. Salam Ta'zim. 

Fiesta Kebudayaan Zapin Johor IPTA 2012 (FEKAZ
Pada 28-29 April 2012, di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


FEKAZ adalah acara berbentuk pertandingan tarian Zapin Johor dan juga bengkel asas tarian zapin. Penganjuran ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak Johor seluruh IPTA melalui elemen kebudayaan selain untuk membangkitkan keprihatinan belia siswa Johor bagi mempromosi dan mengembangkan Kebudayaan Zapin yang sinonim dengan negeri Johor.

Tuesday, April 10, 2012

Majlis Makan Malam Menteri Besar Bersama Anak Johor IPTA 2012

Assalamualaikum wbt. Salam Ta'zim. 

Majlis Makan Malam Menteri Besar bersama Anak Johor IPTA 
Pada 7 April 2012, di New York Hotel, Johor Bahru.


Majlis ini adalah anjuran bersama Gabungan Anak Johor (GAJ) IPTA, Sekretariat Anak Johor (SOHOR) UMT, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Kerajaan Negeri Johor. Kira-kira 1000 orang mahasiswa Johor dari 12 buah IPTA; UMT, UKM, UPM, USM, UPSI, UUM, UTM, UM, UTHM, USIM, UMP dan UiTM telah hadir pada program ini dan turut mendengar taklimat ringkas oleh wakil Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengenai Iskandar Malaysia dan peluang pekerjaan yang ditawarkan.