Tuesday, February 25, 2014

Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) 2014


KARNIVAL SUKAN ANAK JOHOR (KSAJ) atau KSAJ adalah antara program mega yang dianjurkan secara tahunan di bawah Sekretariat Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ).

Acara yang dianjurkan pada setiap tahun iaitu pada semester kedua bagi tahun akademik berkenaan adalah program yang melibatkan penyertaan seluruh Mahasiswa Johor di setiap universiti yang mempunyai Persatuan atau Kelab Anak Johor dan berdaftar sebagai organisasi gabungan di bawah Sekretariat GAJ.

Tuesday, February 4, 2014

DUTA JAUHAR - MAHASISWA JOHOR PRIHATIN


PENGENALAN

1. Duta Jauhar - Mahasiswa Johor Prihatin adalah satu program cetusan idea YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa.

2. Satu program inisiatif yang merentasi agensi kerajaan dengan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang melibatkan Mahasiswa Johor untuk melaksanakan aktiviti yang bakal memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat.

Thursday, November 14, 2013

Thursday, October 31, 2013

Tuesday, September 17, 2013

17 September 1873 - Almarhum Sultan Ibrahim diputerakan

[HARI INI DALAM SEJARAH] 

17 Sept 1873 - Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar diputerakan di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura.


Rakyat Johor harus berbangga dengan Mejar-Jeneral Sir Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor selama 64 tahun 1895 hingga 1959. Diputerakan pada 17 Sept 1873, baginda menaiki takhta pada 4 Jun 1895 berikutan kemangkatanayahanda baginda Sultan Abu Bakar. Baginda telah dimashyurkan pada 7 Sept 1895 dan dimahkotakan pada 2 Nov tahun yang sama.

Saturday, July 27, 2013

Monday, July 15, 2013

41,573 calon ditawar ke IPTA



PUTRAJAYA: Sebanyak 41,573 calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Setaraf ditawarkan untuk mengikuti pengajian di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2013/2014.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Moshidi sirat, berkata jumlah itu adalah 71.9 peratus daripada 57,802 pemohon yang layak dan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian. 

Thursday, June 20, 2013

Bantuan Kemasukan Pelajar Ke IPTA 2013


Tahniah kepada semua anak Johor yang telah berjaya ditawarkan tempat di IPTA bagi kemasukan sesi akademik 2013/2014. 

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Islam Johor (PIJ) ada menyediakan Bantuan Persediaan Pelajar ke IPTA untuk anak jati Johor yang akan mendaftarkan diri di IPTA bagi kemasukan tahun 2013.