Wednesday, January 16, 2013

PROGRAM BAKTI SISWA JOHOR 2013

PROGRAM BAKTI SISWA JOHOR 2013

Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT bertekad terus bergerak aktif dengan merancang dan melaksanakan pelbagai program serta usaha-usaha ke arah pembangunan mahasiswa Johor yang intelek dan berwibawa serta membantu Kerajaan Negeri Johor dalam agenda mempertingkatkan taraf hidup masyarakat dan kemajuan Negeri Johor. 

Wednesday, January 9, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, POLITEKNIK & ILKA 2013/2014


7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013  

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2013/2014. Setiap pemohon diberi peluang kemaskini permohonan sebanyak 3 KALI SAHAJA, sila gunakan sebaiknya. Bagi calon lepasan SPM, STPM & STAM 2012 anda digalakkan melengkapkan permohonan dahulu dan mengemaskini semula permohonan selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Friday, December 28, 2012

Iskandar Malaysia Pusat Seni dan Budaya


JOHOR BAHRU, 18 Dis - Iskandar Malaysia akan muncul sebagai pusat kebudayaan dan kesenian sejajar dengan kekayaan warisan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negeri ini.Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) berhasrat mewujudkan satu persekitaran di Iskandar Malaysia bagi mengembangkan seni dan budaya.

Wednesday, December 26, 2012

UTM Kongsi Teknologi Bot Gentian Kaca


KOTA TINGGI, 25 Dis - Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan penduduk terutama golongan nelayan di Pengerang, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama kerajaan negeri menganjurkan program khidmat masyarakat dan pemindahan teknologi melalui Program Pembinaan Bot Nelayan, di sini baru-baru ini.

Tuesday, December 25, 2012

Kerjasama UPM, Mitsubishi Pelihara Hutan


UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Mitsubishi Corporation terus mempamerkan komitmen dalam usaha menganjurkan program penanaman pokok bagi kali yang ke-21 di UPM Kampus Bintulu, Sarawak baru-baru ini.

Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Talip Zulpilip berkata, usaha UPM dan Mitsubishi Corporation memulihara hutan melalui program itu boleh mencapai matlamat untuk mewujudkan kelestarian alam sekitar.

Thursday, December 20, 2012

IPT JADI EJEN TRANSFORMASI


JOHOR BAHRU 9 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi akan menyarankan institusi pengajian tinggi (IPT) mewujudkan program yang akan menyerlahkan identiti mereka selaras dengan menjadi salah satu ejen transformasi masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu masih dalam peringkat pertimbangan sebelum diumumkan kepada semua 80 universiti dan kolej universiti yang ada di negara ini tahun hadapan.