Wednesday, June 18, 2014

Kembara Mahkota Johor 2014: Laluan dan Aturcara

Lokasi-lokasi yang dilawati Tuanku :
Hari pertama [Sabtu, 21 Jun 2014]
  • Dataran Bandaraya Johor Bahru
  • Maktab Sains Mara Seri Alam, Pasir Gudang
  • Dewan Felda Bukit Permai, Kulaijaya
  • Taman Komuniti Bandar Tenggara
  • Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi
  • Dataran Mersing / Dewan Jubli Intan
  • Istana Sri Mersing (bermalam)
(jumlah = 303 kilometer)

Monday, May 19, 2014

Monday, March 17, 2014

MAJLIS MAKAN MALAM ANAK JOHOR UPSI 2014


Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Halimah Binti Mohd Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana sudi meluangkan masa menghadiri dan merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Makan Malam M@JOR UPSI 2014 pada Sabtu kelmarin 15 Mac anjuran Majlis Anak Johor (M@Jor) UPSI

Tuesday, February 25, 2014

Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) 2014


KARNIVAL SUKAN ANAK JOHOR (KSAJ) atau KSAJ adalah antara program mega yang dianjurkan secara tahunan di bawah Sekretariat Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ).

Acara yang dianjurkan pada setiap tahun iaitu pada semester kedua bagi tahun akademik berkenaan adalah program yang melibatkan penyertaan seluruh Mahasiswa Johor di setiap universiti yang mempunyai Persatuan atau Kelab Anak Johor dan berdaftar sebagai organisasi gabungan di bawah Sekretariat GAJ.

Tuesday, February 4, 2014

DUTA JAUHAR - MAHASISWA JOHOR PRIHATIN


PENGENALAN

1. Duta Jauhar - Mahasiswa Johor Prihatin adalah satu program cetusan idea YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa.

2. Satu program inisiatif yang merentasi agensi kerajaan dengan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang melibatkan Mahasiswa Johor untuk melaksanakan aktiviti yang bakal memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat.

Thursday, November 14, 2013

Thursday, October 31, 2013

Tuesday, September 17, 2013

17 September 1873 - Almarhum Sultan Ibrahim diputerakan

[HARI INI DALAM SEJARAH] 

17 Sept 1873 - Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar diputerakan di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura.


Rakyat Johor harus berbangga dengan Mejar-Jeneral Sir Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor selama 64 tahun 1895 hingga 1959. Diputerakan pada 17 Sept 1873, baginda menaiki takhta pada 4 Jun 1895 berikutan kemangkatanayahanda baginda Sultan Abu Bakar. Baginda telah dimashyurkan pada 7 Sept 1895 dan dimahkotakan pada 2 Nov tahun yang sama.