Monday, March 12, 2018

TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR 2018

PERMOHONAN TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR 2018

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)


Dimaklumkan bahawa Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor 2018 kini telah dibuka dari 11 Mac sehingga 11 April 2018.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 
  1. Bermaustautin tetap dinegeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
  2. Mengikuti kursus kemahiran di Institusi – Institusi dalam Negeri Johor sahaja
  3. Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (cth : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off) / pembiayaan sendiri (pelajar Kolej kemahiran YPJ sahaja)
  4. Jenis Pensijilan:
    • Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
    • Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
  5. Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut :
    • Belia keciciran dan tamat tingkatan 3 / lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
    • Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan
    • Pelajar yang sedang/pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti di dalam industri mestilah disertakan bersama (cth : sokongan majikan)
  6. Bidang latihan  yang  ditaja adalah  bidang  yang  menjadi  tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang   pekerjaan yang tinggi seperti berikut :
    • Hospitaliti dan Pelancongan
    • Minyak & Gas
    • Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor


CARA MEMOHON : 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>> KLIK


MUAT TURUN GARIS PANDUAN PERMOHONAN >>> KLIK


---


" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Tuesday, February 27, 2018

PANGGILAN SUKARELAWAN ! Pembinaan Rumah Ihsan Johor ke-28 & 29


Ayuh Sertai Kami Sebagai Sukarelawan Ihsan Johor di Projek Pembinaan Rumah Ihsan Johor ke-28 dan Ke-29 yang akan di adakan di GELANG PATAH Hujung minggu ini. 

Klik link untuk Pendaftaran Sukarelawan dan Maklumat Lengkap Projek:-

  • Terbuka kepada semua
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tiada kemahiran minimum diperlukan

Ihsan Johor adalah platform untuk rakyat menyumbang kepada JOHOR. Jom Sertai Kami !

Sunday, February 11, 2018

"Sistem Pendidikan mampu lahir Modal Insan berkualiti" - Zahid

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap di hadapan siswa dan siswi baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Sesi Bersama Kepimpinan Negara Sempena Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu Program Sarjana Muda UTHM, di Parit Raja hari ini. - Foto BERNAMA

BATU PAHAT, 10 Feb : Kerajaan memberi keutamaan terhadap aspek pendidikan negara bagi melahirkan lebih ramai modal insan berketerampilan dan berkualiti. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan juga menyediakan peruntukan besar dalam Bajet setiap tahun khusus untuk pendidikan awal atau pendidikan tinggi negara. 

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan melabur dengan jumlah yang besar dalam pendidikan tinggi kerana mahu Malaysia menjadi negara maju dengan sasaran 60 peratus tenaga kerja memiliki diploma atau ijazah pertama. 

"Kebanyakan pemimpin di negara ini juga lahir dari kejayaan sistem pendidikan negara ini yang dibentuk dengan baik. 

"Pihak yang menuding jari bahawa sistem pendidikan negara kita salah dan tidak berkualiti perlu melihat diri mereka sendiri dan tanya apa yang disumbangkan mereka dalam menambah baik sistem sedia ada. 

"Mana mungkin saya berdiri di hadapan tuan-tuan hari ini jika tanpa sistem pendidikan negara yang baik. Saya sendiri anak seorang ustaz tapi mampu menjadi pemimpin disebabkan pendidikan negara yang disusun begitu baik. 

"Kita harus berterima kasih kepada kerajaan yang sudah membentuk sistem pendidikan yang baik dengan pelbagai kemudahan sehingga mampu mengeluarkan sekian banyak graduan berkualiti," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Pemimpin Negara Sempena Minggu Haluan Siswa (MHS) Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2017/2018, di Dewan Tunku Mahkota Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Naib Canselor UTHM, Prof Dr Wahid Razzaly. 

Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk pembangunan baharu Kampus UTHM Tanjong Laboh. 

Sementara itu, Ahmad Zahid sempat meluangkan masa menziarahi Senator Rahemah Idris di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, di sini. 

Rahemah,59, yang juga Ketua Wanita UMNO Ayer Hitam sejak 2004 itu dikejarkan ke HSNI awal pagi semalam berikutan diserang angin ahmar. 

Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak Disember 2016 itu kini dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan doktor. 

Ahmad Zahid dan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis meluangkan 10 minit bertanya khabar Rahemah selain memberi kata-kata semangat kepadanya. - BH ONLINE

Tuesday, February 6, 2018

YPJ perkenal Tuisyen Digital RM1 sebulan

Peruntuk RM300,000 bantu anak keluarga kurang berkemampuan



PASIR GUDANG, 5 Feb - Kira-kira 25,000 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksi­ran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang mengikuti pakej pembe­lajaran tambahan serendah RM1 sebulan menerusi program e-Learning Johor. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang (YPG) melancarkan program pembelajaran digital itu dengan peruntukan berjumlah RM300,000. 

Beliau berkata, program itu bagi membantu pelajar dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan dan penyertaan terbuka kepada murid-murid pelbagai kaum yang bersekolah di negeri ini. 

“Program ini sebagai pembe­lajaran tambahan untuk pelajar yang disediakan menerusi laman sesawang dan boleh diakses secara atas talian pada bila-bila masa menerusi telefon bimbit, komputer riba atau alat elektro­nik lain. 

“Ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri bagi me­ningkatkan keupayaan anak-anak Johor dalam sektor pendidikan agar generasi muda tempatan da­pat bersaing dan merebut pe­luang bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka,” katanya semasa merasmikan e-Learning Johor di Dewan Serbaguna Taman Mawar di sini, kelmarin. 

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat dan Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan. 

Mohamed Khaled yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas berkata, program itu menyediakan medium pem­belajaran tambahan dengan isi kandungan yang komprehensif serta silibus berpandukan sukatan pembelajaran Kementerian Pendidikan. 

“Setakat ini seramai 3,000 pelajar telah mendaftar dan terpilih menyertai program e-Lear­ning ini dan jumlah peruntukan yang disediakan akan ditambah pada masa akan datang sekiranya mendapat permintaan menggalakkan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau mene­gaskan, kerajaan negeri tidak menawarkan pembiayaan penuh atau biasiswa secara kepada semua murid bagi memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan meliputi semua aspek dan lapisan masyarakat secara seimbang. 

“Kerajaan perlu beri tumpuan sama rata dalam semua aspek. Kalau kita hanya tumpu pada aspek pendidikan seperti yang dibangkitkan pembangkang dan tawarkan biasiswa kepada semua pelajar, bagaimana kita nak tingkatkan sektor ekonomi. Pelajar-pelajar ini nanti apabila keluar, mereka nak kerja apa? 

“Biasiswa adalah ganjaran bagi pelajar cemerlang sebab itu di pengajian tinggi, kerajaan tukarkan pinjaman pelajaran kepada biasiswa bagi pelajar cemerlang,” tegasnya sambil memberitahu Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) yang ditawarkan YPJ kepada 10 pelajar terpilih dari Pasir Gudang menerima RM600 setahun bagi pelajar tingkatan satu hingga lima dan RM1,000 setahun untuk pelajar tingkatan enam. - UTUSAN

Friday, February 2, 2018

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2018 (FEBRUARI)

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2018 (FEBRUARI)
[ BAGI KEMASUKAN PELAJAR BAHARU TARAF IJAZAH & DIPLOMA ]

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) 

Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA bagi kemasukan pelajar baharu tahun 2018 taraf IJAZAH dan DIPLOMA telah dibuka mulai 01 sehingga 18 FEBRUARI 2018. 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 

  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Surat Tawaran kemasukan ; 
  3. Ditawarkan kepada pelajar IJAZAH SARJANA MUDA dan DIPLOMA SEPENUH MASA (Universiti Awam Sahaja) yang mendaftar kemasukan tahun pertama pada tahun 2018 ; 
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah satu (1) tahun atau lebih ; 
  5. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000.00 ; 
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian untuk setiap taraf pengajian ; 
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain. 

CARA MEMOHON :

LANGKAH 1 :
Muat turun Borang Permohonan di web YPJ (klik) Mohon Sekarang ! dan isikan lengkap.

LANGKAH 2 :
Semak senarai dokumen yang perlu dihantar (baca senarai di bawah).

LANGKAH 3 :
Hantar BORANG PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 18 FEBRUARI 2018.

LANGKAH 4 :
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).

LANGKAH 5 :
Wang bantuan akan dimasukkan ke akaun pelajar secara Electronic Fund Transfer (EFT). 


SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR :
  1. Borang Permohonan yang telah lengkap ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  5. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar) ; 
  6. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja. [Nota: 1. Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima. 2. Pelajar perlu membuka akaun Bank Islam jika tiada. ] 
  7. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga 
  8. Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), sila muat turun Borang Pengesahan Pendapatan (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Penghulu / Ketua kampung / yang setaraf dengannya ] ; 
  9. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan).
Keterangan lanjut, layari https://www.ypj.gov.my/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 3 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA. 

" SELAMAT BERJAYA " 


Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Sunday, January 21, 2018

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ 2018 (JANUARI)

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ 2018 
[ BAGI PELAJAR TARAF IJAZAH, DIPLOMA & SIJIL ] 

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)

Dimaklumkan bahawa permohonan Pinjaman YPJ Tahun 2018 (Januari) bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah telah dibuka mulai 21hb JANUARI sehingga 08hb FEBRUARI 2018

Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Pinjaman Pelajaran. [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut] 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 
  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Tawaran kemasukan atau sedang menuntut di Institusi Pengajian sebelum membuat permohonan ; 
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA ; 
  4. Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu (1) tahun ; 
  5. Pemohon tidak menerima apa-apa penajaan/pembiayaan sama ada pinjaman atau biasiswa dari agensi-agensi lain ; 
  6. Kursus yang diikuti metilah SEPENUH MASA ; 
  7. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM8,000.00 sebulan [ Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita paling rendah ]. 
TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA : 
  1. Sijil             ( Kolej Kemahiran Teknikal Johor sahaja )
  2. Diploma     ( semua IPTA, KPYPJ dan Marsah sahaja )
  3. Ijazah Sarjana Muda ( IPTA sahaja )
CARA MEMOHON :

LANGKAH 1:
Pemohon membuat PERMOHONAN secara online : (klik) Mohon Sekarang !

LANGKAH 2 :
Setelah selesai mengisi permohonan online, pemohon dikehendaki mencetak slip permohonan.

LANGKAH 3 :
Pemohon dikehendaki menghantar SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 08 FEBRUARI 2018.

LANGKAH 4 :
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan).

LANGKAH 5 :
Pemohon yang berjaya akan menerima SURAT TAWARAN PINJAMAN dan satu (1) set Dokumen Perjanjian yang dihantar melalui pos ke alamat pemohon.

LANGKAH 6 :
Lengkapkan dokumen perjanjian dan hantarkan ke YPJ dalam tempoh 3 minggu dari tarikh surat tawaran diterima.

LANGKAH 7 :
Bayaran pertama pinjaman akan dibuat dalam tempoh 2 bulan dari tarikh dokumen perjanjian dihantar.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR 
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya) 
  1. SLIP PERMOHONAN Pinjaman (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar ; 
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga [ Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan-Pinjaman YPJ 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ; 
  7. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan). 
  8. Salinan Sijil SPM ; 
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah. 
Keterangan lanjut, layari https://www.ypj.gov.my/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 3 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA. 

" SELAMAT BERJAYA "

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 


Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Monday, January 15, 2018

Jawatan Kosong - Johor Land Berhad


Terkini kekosongan jawatan di Johor Land Berhad :

  1. Engineer - Degree in Civil Engineering

  2. Executive - Degree in Mathematic

  3. Executive - Degree in Investment (Finance Investment)

  4. Technician - Diploma in Civil Engineering / Sijil

  5. Technician - Diploma in Environment / Sijil

  6. Clerk - SPM / Sijil / diploma

  7. Driver - 
SPM / Sijil 

** Sebarang pertanyaan sila hubungi 07-3564994 (Ain) atau emel ain.jamil@jland.com.my

==========
Lets Join our channel : https://t.me/mahasiswajohor

Friday, January 5, 2018

JAWATAN KOSONG - Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad


Permohonan adalah dipelawa daripada wargenegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) seperti berikut :- 

  1. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGURUS)
  2. PEMBANTU EKSEKUTIF
  3. PEMBANTU EKSEKUTIF RENDAH
  4. PEGAWAI AM RENDAH / PENGHANTAR SURAT 

Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk memohon sekarang juga. 


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2018
Sektor : Swasta
Lokasi : Johor


Sumber